SELAMAT DATANG KE RESTORAN BASHA SIMPANG EMPAT (013-5015010)

RESTORAN BASHA

Thursday, August 13, 2009

gulai nasi kandar





BAHANNYA :-)
600 g daging lembu batang pinang
1 paket rempah gulai nasi kandar "MAGGI", dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan pati santan
2 biji tomato masak, didadu
2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 cawan air (atau secukupnya)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis kayu manis, bunga lawang, hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga layu dan wangi. Masukkan tomato dan masak hingga tomato lembut.
2. Masukkan rempah dan masak hingga terbit minyak, diikuti daging dan gaul hingga rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air dan masak hingga daging lembut.
3. Tuang pati santan dan renih hingga kuah pekat. Kalau suka kering, boleh tambah masa memasak. Hidangkan panas2 bersama nasi hangat.

No comments:

Post a Comment